Sunday, 10 November 2019

PLICKERS

Image result for gambar aktiviti plickers

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu, terdapat beberapa aplikasi e-pembelajaran yang bersesuaian bagi proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah, sama ada sekolah rendah mahupun menengah. Dengan adanya aplikasi e-pembelajaran ini, ia akan lebih memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran guru dan pelajar di dalam kelas. Dalam era teknologi maklumat dan komunikasi, e-pembelajaran menjadi satu istilah yang popular dan mempunyai pelbagai tafsiran dan persepsi. Namun begitu secra umumnya, e-pembelajaran yang menggunakan system atau komponen elektronik bagi mempelbagaikan penggunaan teknologi untuk meningkatkan kebolehan capaian dan keberkesanan pembelajaran (Kamaluddin Ahmad 2006). Secra dasarnya, e-pembelajaran ini melibatkan penggunaan computer atau komponen elektronik termasuklah CD-ROM dan bahan pembelajaran melalui atas talian (omline).
e-pembelajaran ini secra langsung membolehkan proses pembelajaran yang canggih dilaksanakan tanpa mengira jarak dan bilangan ahli yang melayarinya. Melalui e-pembelajaran, murid dapat mengamalkan pembelajaran yang berterusan di samping berupaya menyampaikan pengetahuan dengan lebih berkesan kerana ia mengandungi teks, animasi, grafik, audio dan video yang menarik. Tambahan pula kemudahan untuk perbincangan atas talian dan bantuan professional untuk isi kandungan juga disediakan sebagai pendekatan kepada pendidikan, latihan dan maklumat yang lebih berstruktur dan bersepadu.
Selain itu, e-pembelajaran ini juga sangat membantu dalam proses pembentukan pembelajaran sepanjang hayat seperti yang diharapkan oleh dasar pendidikan Negara kita. Oleh itu cara melaksanakan e-pembelajaran yang baik dalam pembelajaran amat digalakkan. Perlaksanaan yang berkesan boleh dilakukan seperti yang dicadangkan oleh Rosernberg melalui bukunya yang bertajuk E-Learning : Strategies for Delivering Knowledge in the Digital Age.



LATAR BELAKANG PLICKERS


Bahan PdP yang telah dibina ialah kuiz yang menggunakan perisian plickers. Plickers merupakan salah satu dari aplikasi dalam bidang pendidikan yang realistik untuk dilaksanakan di sekolah di Malaysia. Perisian ini boleh berfungsi walaupun murid-murid tidak menggunakan telefon pintar (smartphone) di kelas. Hal ini kerana, bukan semua orang mampu untuk dibekalkan dengan telefon pintar seperti mereka yang menggunkan perisian Kaahoot. Dengan menggunkan Plikers, murid-murid tidak perlu menggunkan elefon pintar, sebaliknya hanya menggunkan kad plickers yang boleh diimbas oleh guru yang mengajar. Tujuan utama Plickers ini ialah untuk membuat penilaian formatif di dalam kelas bagi melihat adakah objektif pembelajaran dan pengajaran telah tercapai ataupun tidak. Perisian atau[un aplikasi Plickers ini lazimnya digunakan semasa fasa pentaksiran ataupun pengukuhan di dalam Rancangan Penagajaran Harian (RPH) seorang guru.


** Bagi menghasilkan bahan PdP ini, pertama sekali, seorang guru perlulah memiliki sebuah komputer riba, projektor (LCD), telefon pintar dan jaringan internet kerana bahan ini diaplikasikan secara atas talian, Online. Selain itu, sebelum membuat bahan ini, guru perlu menentukan onjektif yang ingin dicapai berdasarkan standard kandungan dan satndard pembelajaran. Di dalam langkah pengukuhan, soalan-soalan yang akan dijawab  oleh murid-mrid patutlah berdasarkan objektif yang telah ditetapkan. 



KOMEN MENGENAI PLICKERS (PENGAJARAN,PEMBELAJARAN,AKTIVITI)

Guru perlu mempunyai kesediaan dan pengetahuan mengenai teknologi yang akan digunakan, terutamanya memberi perhatian terhadap bagaimana dan bila teknologi dapat digunakan dengan berkesan di dalam bilik darjah. Penggunaan aplikasi Plickers merupakan satu cara untuk menilai sesuatu soalan yang terdiri daripada pelbagai pilihan dalam suasana kolaboratif yang berkesan. Guru berupaya mendapat data dan maklum balas yang cepat dan tepat terhadap pencapaian pelajar dalam pembelajaran yang berlaku di dalam kelas. Hal ini memberi manfaat kepada pengajaran guru iaitu mampu mendapat maklum balas yang tepat mengenai kefahaman pelajar secara keseluruhan. Misalnya, memberi maklum balas yang jelas berbentuk grafik secara langsung kepada guru dan juga pelajar. Tambahan pula, aplikasi Plickers dapat membantu pemantauan terhadap pemahaman pelajar dari segi kekuatan dan kelemahan topik yang dipelajari. Tamsilnya, guru membuat langkah susulan daripada analisis item yang diperolehi bagi memperbaiki kefahaman pelajar pada tajuk yang tertentu.
Penggunaan aplikasi Plickers sangat sesuai untuk dijadikan salah satu bahan bantu mengajar yang berkesan pada abad yang ke-21 ini. Hal ini demikian kerana, sistem aplikasi Plickers yang canggih dan menjadikannya pilihan guru untuk dipraktikkan dalam kelas seperti kaedah pengimbasan yang memudahkan guru untuk menanda kertas soalan dengan lebih cepat dan mudah. Aplikasi Plickers boleh dimuat turun terlebih dahulu oleh guru sebelum menggunakannya. Ia juga boleh digunakan di dalam kelas biasa tanpa memerlukan internet untuk mengaktifkannya. Oleh sebab, pembelajaran abad yang ke-21 ini menekankan pelajar untuk bergiat aktif dalam apa sahaja aktiviti pdpc justeru, aplikasi Plickers mampu menggalakkan pelajar untuk bergerak aktif di samping menjiwai keseronokan menggunakan aplikasi tersebut. Sebagai contoh, pelajar lebih seronok menggunakan kad Plickers yang disediakan oleh guru dalam bentuk kertas keras yang di laminate daripada hanya membaca buku teks. Sifat pelajar yang suka meneroka dan keinginan yang tinggi membolehkan pelajar untuk menguasai dan menyesuaikan diri dengan aplikasi Plickers yang dipilih oleh guru. Misalnya, pelajar lebih suka melihat gambar, slaid dan video berbanding hanya mendengar guru bercakap atau lebih dikenali sebagai ‘chalk and talk’.
Di samping itu, aplikasi Plickers juga mampu mendorong pelajar untuk berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif atau dalam erti kata lain ialah KBAT. Hal ini demikian kerana, mereka perlu menjawab dan menyelesaikan soalan yang ditayangkan dihadapan dalam masa yang tertentu. Ketika menjawab soalan pelajar tidak hanya merujuk kepada buku teks semata-mata akan tetapi menggunakan logik serta pengalaman yang pernah mereka lalui. Selanjutnya, alat berfikir mampu membantu pelajar menggunakan minda dengan lebih bijak dan berkesan. Pemikiran menjadi lebih tersusun, luas dan jelas dan tidak terburu-buru dalam melakukan sesuatu sebagai contoh teknik soalan dan penyoalan di mana guru mengajukan pertanyaan kepada pelajar sementara pelajar berusaha untuk menjawabnya. Guru boleh menggunakan teknik penyoalan untuk mencerna pemikiran pelajar sebagai contoh menjawab soalan kuiz iaitu pilihan jawapan atau soalan yang berbentuk ‘betul atau salah’. Justeru, kaedah penyoalan ini membantu guru untuk mengasah pemikiran kritis dalam kalangan pelajar.
Aplikasi Plickers turut melahirkan interaksi serta hubungan yang lebih baik dan mesra antara guru dan pelajar melalui teknik menyoal. Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan atau menayangkan soalan dan pelajar dikehendaki memberi tindak balas yang sewajarnya. Walaubagaimanapun, kejayaan teknik ini dalam pdpc bergantung kepada kebolehan guru untuk meguasai teknik menyoal. Oleh itu, kemahiran bertanya dan menyoal bukan sekadar untuk mendapatkan sesuatu maklumat, akan tetapi membantu guru dan juga pelajar membina iklim komunikasi yang positif dan memupuk sikap saling memahami dan bekerjasama. Pelajar digalakkan untuk bersosial bukan sahaja dengan guru tetapi dengan pelajar lain yang ada dalam kelas tersebut. Misalnya, guru harus mengemukakan soalan kepada keseluruhan kelas supaya pelajar dapat berbincang sesama sendiri dan elakkan daripada mengemukakan soalan kepada pelajar yang tertentu sahaja kerana guru bukan sekadar menyalurkan ilmu tetapi juga berperanan dalam melahirkan interaksi sosial yang baik dalam kalangan pelajar. Justeru, aplikasi Plickers yang digunakan dapat mengeratkan lagi hubungan yang sedia ada antara guru dan pelajar.


GAMBAR AKTIVITI PLICKERS










LANGKAH PENGGUNAAN PLICKERS


Langkah Pertama :
guru perlu mendaftar masuk di laman web aplikasi plickers : https://www.plickers.com. Perlu di ingat proses pertama ini hanya memerlukan komputer riba sahaja. Antara perkara yang perlu di isi bagi proses mendaftar ini ialah termasuklah nama, alamat emel, dan kata laluan emel.

Langkah Kedua : Selesai sahaja mendaftar masuk, guru bolehlah menambah fail di My Library bagi subjek-subjek yang di ajar. Bagi guru yang mengajar lebih daripada satu subjek, maka dia boleh membuat pembahagian fail subejk agar mengelakkan soalan yang dimuatnaik bercampur aduk. Di dalam fail subjek tersebut pula, perlu dibuat pembahagian fail lagi bagi membahagikan tajuk-tajuk pengajaran. Perkara ini di lakukan bertujuan bagi soalan yang dijawab oleh murid-murid bertepatan dengan tajuk yang diajar pada hari tersebut.

Langkah Ketiga : Sesudah itu, guru bolehlah memuat naik soalan-soalan mengikut tajuk. Setelah soalan telah dimuatnaik, maka langkah seterusnya ialah guru perlu menetapkan kelas mana yang hendak di ajar. Melalui aplikasi Plickers ini guru boleh menetapkan seberapa banyak kelas yang dia ajar dan kelebihannya ialah, abahan yang sama boleh di akses bila-bila masa sahaja walaupun berbeza kelas tanpa perlu membuat bahan yang baharu. Fail kelas akan di bina di laman Classes. Selain itu, aplikasi ini juga boleh memasukkan nama murid-murid daripada kelas yang di ajar.

Bahkan,guru juga boleh menggunakan nama kumpulan hasil daripada pembahagian pelajar di dalam kelas. Hal ini menggalakan murid belajar dalam kumpulan daripada melakukan aktiviti berseorangan bagi menerapkan nilai kolaborasi dan kopeartif kepada murid-murid. Uniknya disini, setaip murid ataupun kumpulan yang telah dimasukkan di dalam fail kelas, akan mendapatkan satu kad yang boleh di imbas semasa proses mereka menjawab soalan. Kad yang diberikan kepada setiap kumpulan merupakan kad yang berbeza-beza dan telah di tetapkan oleh aplikasi Plickers sendiri. Guru hanya perlu mencetak kad-kad tersebut dan memberikan kepada setiap kumpulan.

Langkah Keempat : Seterusnya, selasai sahaja pembahagian kad mengikut kumpulan, guru kemudiannya perlu memuat turun aplikasi Plickers di telefon pintar pula melalui Google Play atau pun Apple Store. Fungsi telefon pintar ini adalah seperti alat kawalan untuk mendapatkan soalan kuiz daripada LCD yang akan dipaparkan di skrin layar putih. Selain itu, telefon pintar ini juga akan bertindak untuk mengimbas kad jawapan murid-murid untuk mendapatkan maklumat tentang beberapa orang murid yang menjawab dengan tepat ataupun salah.


** Penggunaan bahan PdP yang dihasilkan ini, memerlukan prosedur yang betul bagi mengelakkkan permasalahan dan kesalaha yang boleh mengganggu terjadi semasa aktiviti di jalankan. Secara ringkasnya, penggunaan bahan ini dimulakan dengan guru perlu membuka soalan-soalan yang dimuatnaik melalui telefon pintar.

** Melalui telefon pintar, soaaln akan dipaparkan dan guru perlu memilih terlebih dahulu soalan yang ingin di ajukan kepada murid-murid. Setelah itu, guru perlu menekan pautan Live view di Komputer Riba pula bagi menyambungkan telefon pintar dengan komputer riba.

** Setelah soalan di paparkan di skrin layar menggunakan LCD yang telah di hubungkan dengan komputer riba, seterusnya guru menyuruh murid untuk membincangkan soalan dalam kumpulan dan menetapkan masa bagi menjawab soalan tersebut.

** kumpulan yang sudah mempunyai jawapan di minta untuk mengangkat kad jawapan mereka. Untuk pengetahuan setiap sisi kad mempunyai bentuk yang berbeza dan mewakili jawapan A,B,C dan D. Jika murid ingin menjawab A, maka huruf A perlu berada di atas, jika B maka huruf B pada kad perlu berada di atas sekali. Begitu juga dengan huruf C dan huruf D.

** Kemudiannya guru akan mengimbas kad jawapan setiap kumpulan yang telah mengangkat kad jawapan meerka. Setiap jawapan murid-murid akan direkod dan dipaparkan di skrin layar. Dengan ini, guru boleh menganalisis kumpulan mana yang memerlukan langkah pemulihan daripada jawapan-jawapan mereka.

BAGAIMANA PLICKERS MEMBANTU PdP
Pertama : Aplikasi ini dapat membantu guru membuat penilaian. Hal ini demikian kerana, guru dapat menilai tahap kefahaman setiap pelajar melalui aplikasi yang digunakan. Misalnya, hasil daripada jawapan pelajar menunjukkan purata kefahaman pelajar terhadap soalan tersebut. Dengan ini, guru dapat melihat tahap kemampuan pelajar dan mengkategorikan mereka mengikut tahap kefahaman mereka terhadap soalan yang dikemukakan. Tegasnya, jelaslah bahawa aplikasi plickers dapat membantu guru untuk penilaian secara teliti. 

Kedua : Aplikasi plicker juga dapat memudahkan pelajar untuk memahami sesuatu tugasan. Hal ini demikian kerana, pelajar memberi perhatian yang sepenuhnya semasa guru memberi arahan. Misalnya, guru mengagihkan kad dan latihan kepada pelajar dan mereka akan menjawabnya bersama-sama dengan guru, setelah habis menjawab guru akan ‘scan’ kad yang diberi dan jawapan akan keluar di ‘white’. Tegasnya, jelaslah bahawa aplikasi ini sangat mudah dan senang untuk difahami oleh para pelajar. Justeru, para pelajar bukan  hanya dapat mendengar penjelasan daripada guru sahaja tetapi mereka boleh lihat dan membuat sendiri untuk mengetahui tahap kefahaman setiap pelajar.

Ketiga : Aplikasi plickers ini juga salah satu aktiviti yang menyeronokkan bagi setiap pelajar. Misalnya, pelajar diberi masa untuk memainkan satu permainan di dalam kelas. Dimana, setiap pelajar kena menjawab satu soalan yang berbentuk pengiraan sekiranya aplikasi tersebut digunakan bagi matapelajaran matematik. Hal ini demikian kerana, untuk menlihat sejauh manakah tahap pemikiran setiap pelajar yang berada di dalam kelas tersebut. Sekikranya terdapat pelajar yang kurang memahami, guru boleh membuat aktiviti yang berkesan seperti membuat latihan dan penerangan dengan menggunakan aplikasi ini.




CABARAN/KEKANGAN MENGGUNAKAN PLICKERS

Penting bagi guru untuk menerangkan kepada murid sebelum mereka menjawab soalan-soalan yang dipaparkan menggunkan Plickers murid perlu mematuhi prosedur dan tatacara untuk menggunkan kad Plickers. Bahagian yang agak sukar untuk dilakukan ialah apabila guru perlu mengimbas jawapan murid. Murid perlu memastikan bahawa kad Plickers tersebut hendaklah menghala kepada kamera peranti mudah alih yang digunakan untuk mengimbas jawapan mereka. Jika kad tersebut terlampau kerap diputarkan, maka dataa jawapan murid tidak akan dirakam sebagai data yang tepat. selain itu, kekangan lain yang perlu dihadapi guru adalah capaian internet yang kadang kala kurang memuaskan. Ini akan menimbulkan masalah kerana data tidak dapt disimpan atau proses mendapatkan jawapan murid tidak dapat dilakukan.


MANFAAT/KELEBIHAN MENGGUNAKAN PLICKERS

Pertama : Guru mampu untuk mendapatkan maklum balas yang tepat tentang kefahaman murid secara keseluruhan. Ia juga dapat memberikan maklum balas yang jelas berbentuk grafik secra langsung kepada guru dan murid.

Kedua : Guru dapat maklum balas yang dapat membantu pemantauan terhadap pemahaman murid dari segi kelemahan dan kekuatan dalam topik yang dipelajari dalam bilik darjah. Ini merupakan satu bahagian penting dalam penilaian pembelajaran yang berlaku dalam bilik darjah.

Ketiga : Amalan biasa dalam kebanyakan suasana dalam bilik darjah adalah untuk guru-guru menyoal murid, manakala murid pula akan mengangkat tangan mereka jika mereka hendak memberi respon kepada sesuatu topik atau menulis jawapan mereka pada sehelai kertas. Walaupun cara ini merupakan satu strategi yang agak berkesan, ia bukan satu indikator yang jelas terhadap pemahaman murid mengenai suatu topik.

Keempat : Dari sudut murid pula, melalui penggunaan Plickers, mereka dapat menyemak kendiri kekuatan dan kelemahan masing-masing dalam pembelajaran. Guru boleh memberi penilaian berbentuk soalan anela pilihan atau apa-apa bentuk kuiz yang bersesuaian mengikut topik yang di ajar dan kemahiran yang di uji.



KELEBIHAN DAN KEKURANGAN PLICKERS

Kelebihan :
1. Mudah setup
2. Hanya perlukan peranti dan paparan skrin
3. Hanya perlukan telefon pintar guru untuk mengimbas jawapan murid
4. Tidak memerlukan internet dan boleh dibuat dalam kelas biasa
5. Kad Plickers boleh diguna ulang untuk beberapa kelas lain. Hanya perlu ubah senarai nama murid.

Kekurangan :
1. Mengambil masa untuk mengimbas jawapan murid.
2. Sesetengah muris boleh menjadi bosan kerana ada waktu senggang antara soalan dan masa mengimbas.
3. Perlu print code tersebut.